halaman

Khamis, 26 Mei 2011

BESTA BORNEO SERIUS JAGA ARTIS TEMPATAN

Oleh: ROZIE JUMAT
Syarikat milik Bumiputera sepenuhnya Besta Borneo Sdn.Bhd kini tanpa berpaling lagi, terus melangkah dengan 'menyambar' artis terkenal Sabah menjadi artis naungannya. Perjanjian persefahaman itu (MoU) telah diadakan di sebuah hotel di Keningau baru-baru ini.
Artis-artis itu ialah Clarice J.Matha, Rozza Rothman, Lydia Kalidin dan Meeda Hamzani. Nama-nama adalah artis yang cukup dikenali di negeri Sabah.
Pengarah Besta Borneo Sdn.Bhd (BB), Osman Rijan berkata, artis-artis ini telah diikat kontrak dan bernaung di bawah label BB. Antara lain yang mengikat kontrak dengan BB ialah, artis baru, Joyce, Fazarina, Nabila, MD Effendizul dan Dayang Rashidah. Manakala artis solo ialah Sidney O'Brien.
"BB akan menerbitkan album artis-artis ini dan menjaga kebajikan mereka," ujar Osman yang juga seorang pelakon dan penerbit.
Syarikat BB juga akan menghasilkan drama dan dokumentari kepada stesen TV negara. Oleh yang demikian kata Osman, beliau mengalakkan penulis skrip dan dokumentari untuk menghantar sinopsis atau manuskrip kepada BB untuk dinilai seterusnya diterbitkan jika memenuhi permintaan (konsep stesen TV).
Beliau yang mengakui 'tabik spring' kepada Nor Sahar sebagai penerbit dan pengarah yang berkaliber dari negeri ini, berkata BB dan dirinya sangat serius untuk bersama sama memajukan lagi industri seni dan muzik di negeri ini.
Katanya, Norsahar juga banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada beliau dalam bidang tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan